kenangan terindah...........

kenangan terindah...........

Sunday, December 5, 2010

Maryam 4...... Aku Anak Penoreh Getah

AKU ANAK PENOREH GETAH...........



subhanallah.... bila ak tengok gambar2 pokok getah.... orang menoreh getah... orang balik dari menoreh getah.... aku tersenyum dalam hati.... kerana suatu masa dahulu aku pernah berada dalam keadaan itu.... aku pernah menjadi anak penoreh getah... mak menoreh getah....

terasa ingin kembali ke zaman itu.... ingin memegang kembali pisau toreh..... untuk menoreh.... mak mengajar aku.... yang paling aku ingat adalah masa tu, aku darjah berapa entah... tapi darjah la.. aku ikut mak setiap pagi musim cuti samada untuk menemani mak atau mengutip getah sekerap yang nk di jual... masa kecik-kecik dulu ingat sikit2.... teman mak kat kebun sambil tu saya, adik dan kakak main dangau.... buat rumah guna daun pisang.. esoknya pegi balik kalau hujan dah runtuh rumah daun pisang kami..... tapi sangat seronok.. nyamuk ke... apa2pun kami dah tak kisah... yang ada dalam kepala hya nak main ja.... sambil makan bkal mak bawa...

masa meningkat dewasa, aku sudah masuk ke sekolah menengah.... musim cuti sahaja memang itulah kerjaku... tolong mak kutip sekerap... sampai lah satu saat aku rasa sangat sebak dan rasa sangat kasihan dengan mak yang bekerja keras.... aku berkeras dan bertegas dengan mak aku nak jugak menoreh... mak tak benarkan.... aku guna mcm2 helah.... aku nk tolong mak... aku nak ada pengalaman menoreh... akhirnya mak bagi aku satu pokok untuk percubaan.....

Alhamdulillah torehan itu menjadi.... kata mak pokok tak luka dan aku boleh menoreh... aku seronok sangat sebab sekurang2nya dapat la aku kurangkan beban mak menoreh semua pokok..... selepas hari itu... aku keluar dengan mak dengan memakai baju yang kotor dengan getah dan berbau... tapi tidak bagi kami dan penoreh getah lain sebb bau itu sudah biasa dan lali bagi kami.... aku menyarungkan tudung, baju, dan seluar yang ada getah.... pakai kasut but... naik motor dengan mak atau naik mtor sendiri ke kebun getah... entah.. langsung tak rasa malu... seronok lagi ada la...

sampai di kebun aku menoreh dengan mak... bahagikan tempat dengan mak... memang mula2 aku rasa sangat penat sangat sebab kena mendongakkan kepala kalau pokok tinggi... tapi sebab kasihan aku buat jugak... mak lagi la letih... tapi dia tak pernah merungut... dapat je duit, memang duit tu untuk kami... masa tu aku rasa sangat bangga pada penoreh getah... pekerjaan mulia walaupun hanya memberi pulangan yang tidak seberapa kalau nak dibanding dengan orang yang kerja besar... asalkan wang yang diperoleh itu halal sudah cukup barakah bagi kami... MAK SANGAT MENEKANKAN KEBERKATAN REZEKI...

tapi sekarang dah tak berpeluang untuk menoreh... sebab pokok getah mak, mak upah orang lain pulak yang toreh... kami tidak sesukar dulu... ada orang tanya masa menoreh tak malu ke... aku paling kesian orang yang ucap kata2 ni sebab dia tak tahu erti halal haram nampaknya.... meletakkan semua orang seperti mempunyai kasta2 tertentu....

BAGI AKU, AKU ANAK PENOREH GETAH ATAU ANAK NELAYAN ATAU ANAK PENANAM SAYUR ATAU ANAK PESAWAH ATAU ANAK PERDANA MENTERI ATAU JURUTERA..... REZEKI ALLAH ADA DI MANA2 ASALKAN IANYA HALAL....

RENUNGKAN KEMBALI....

jika tiada getah yang ditoreh
wujudkah tayar kereta mahal seorang jurutera, menteri, businessman....??????

hakikatnya kita saling memerlukan antara satu sama lain.... jangan hanya pandai mengherdik orang lain kerana bangga dengan apa yang diperoleh..... astaghfirullah

Tuesday, November 30, 2010

EPISOD SATU :Perjuangan Memilih Aku, Bukan Aku memilih Perjuangan...



subhanallah, alhamdulillah, allahuakbar.......

gambar diatas adalah gambar kenangan ketika kem anak soleh anjuran kerajaan negeri Kedah Darul Aman... Kedah Sejahtera... Allah... aku sangat teruja dengan usaha murni kerajaan negeri untuk membangunkan modal insan anak-anak generasi muda kini... salah satu caranya adalah dengan menganjurkan kem sebegini..... alangkah indahnya jika kem-kem seumpama ini juga berlangsung di negeri-negeri lain walaupun bukan dibawah pemerintahan kerajaan PAS.... aku tak kata mana baik mana buruk... tetapi alangkah baiknya usaha murni dicontohi.. mungkin tempat lain dah banyak kem seperti ini dijalankan.... teruskan dan tahniah!!!

Kem ini beri aku kenangan yang sangat indah.. kenapa ye?? kenapa? kerana ukhuwwah... kami berkumpul di Sekolah Rendah Islam Faizin Guar Cempedak.... aku ke sana menaiki bas... perkara pertama yang sangat mereka tekankan semasa set induksi kem adalah "INNAMAL A'MALU BINNIYAT" setiap amal perbuatan tu dimulai dengan niat.... betulkan niat... datang kem bukan untuk ap, siapa2... tetapi untuk mendapat keredhaan Allah... lillahitaala... subhanallah... Alhamdulillah Allah mudahkan langkahku ke sana walau pun pada awalnya aku tidak tahu tujuan ke sana.... dalam hati Allah Maha Mengetahui... aku memikirkan pengalaman, Islam Perlukan aku.... nak lihat wajah anak2 yang bakal memimpin negara... perasaan susah menjadi senang kerana niat itu sudah ada...

walaupun mak sedikit berkecil hati kerana aku balik kampung sibuk dengan program. Alhamdulillah mak faham. Aku terangkan dengan baik... aku tak nak la kerana itu aku jadi anak derhaka... mak memahami... inilah pengorbanan... aku belajar erti pengorbanan... siapa tak nak dok kat rumah berehat-rehat, tengok tv, buat kerja sendiri... semua orang nak,,, tapi aku selagi Allah masih bagi peluang dan ruang akan aku isi masa dengan perjuangan... perjuangan, sampai mati.... insya Allah... moga Alah dengar isi hatiku ini...

Dari sekolah faizin itu, kami doecahkan kepada kem bina insan untuk pelajar sekolah menengah dan kem anak soleh untuk pelajar sekolah rendah... aku ditempatkan di kem anak soleh... dan dalam kem anak soleh tu pulak dibahagikan kepada empat tempat... aku redha di mana aku akan ditempatkan..... berlapang dada dan sentiasa bersedia serta terbuka... akhirnya ditetapkan aku di Sekolah Rendah Islam Darul Aman (SRIDA), Aloq Staq... dengan jawatan sebagai Timbalan Ketua Fasilitator... memang sedikit terkejut dan cuak... kerana jawatan itu diberi tanpa ditanya samada aku mampu atau tidak.... mula2nya aku sedikit berat menerima kerana aku tidak pernah ada pengalaman jawatan itu... hanya sebagai fasilitator tu pernah la... tapi dalam benak hati... aku cuba meyakinkan diri... aku boleh dan Allah yang pilih aku.... Allah tahu aku mampu insya Allah....

masa ni memang aku betul2 belajar dan sedar PERJUANGAN YANG MEMILIH AKU... BUKAN AKU YANG MEMILIH PERJUANGAN... sebabnya aku hanya insan luar biasa mungkin... yang namanya telah tertulis berada di jalan ini.... subhanallah... yang tenaga, masa dan jasadku hanya dipasakkan untuk Islam... insya Allah... iitu yang aku amat harapkan... luar biasa untuk Islam ...(bagaimana?)