kenangan terindah...........

kenangan terindah...........

Tuesday, November 30, 2010

EPISOD SATU :Perjuangan Memilih Aku, Bukan Aku memilih Perjuangan...



subhanallah, alhamdulillah, allahuakbar.......

gambar diatas adalah gambar kenangan ketika kem anak soleh anjuran kerajaan negeri Kedah Darul Aman... Kedah Sejahtera... Allah... aku sangat teruja dengan usaha murni kerajaan negeri untuk membangunkan modal insan anak-anak generasi muda kini... salah satu caranya adalah dengan menganjurkan kem sebegini..... alangkah indahnya jika kem-kem seumpama ini juga berlangsung di negeri-negeri lain walaupun bukan dibawah pemerintahan kerajaan PAS.... aku tak kata mana baik mana buruk... tetapi alangkah baiknya usaha murni dicontohi.. mungkin tempat lain dah banyak kem seperti ini dijalankan.... teruskan dan tahniah!!!

Kem ini beri aku kenangan yang sangat indah.. kenapa ye?? kenapa? kerana ukhuwwah... kami berkumpul di Sekolah Rendah Islam Faizin Guar Cempedak.... aku ke sana menaiki bas... perkara pertama yang sangat mereka tekankan semasa set induksi kem adalah "INNAMAL A'MALU BINNIYAT" setiap amal perbuatan tu dimulai dengan niat.... betulkan niat... datang kem bukan untuk ap, siapa2... tetapi untuk mendapat keredhaan Allah... lillahitaala... subhanallah... Alhamdulillah Allah mudahkan langkahku ke sana walau pun pada awalnya aku tidak tahu tujuan ke sana.... dalam hati Allah Maha Mengetahui... aku memikirkan pengalaman, Islam Perlukan aku.... nak lihat wajah anak2 yang bakal memimpin negara... perasaan susah menjadi senang kerana niat itu sudah ada...

walaupun mak sedikit berkecil hati kerana aku balik kampung sibuk dengan program. Alhamdulillah mak faham. Aku terangkan dengan baik... aku tak nak la kerana itu aku jadi anak derhaka... mak memahami... inilah pengorbanan... aku belajar erti pengorbanan... siapa tak nak dok kat rumah berehat-rehat, tengok tv, buat kerja sendiri... semua orang nak,,, tapi aku selagi Allah masih bagi peluang dan ruang akan aku isi masa dengan perjuangan... perjuangan, sampai mati.... insya Allah... moga Alah dengar isi hatiku ini...

Dari sekolah faizin itu, kami doecahkan kepada kem bina insan untuk pelajar sekolah menengah dan kem anak soleh untuk pelajar sekolah rendah... aku ditempatkan di kem anak soleh... dan dalam kem anak soleh tu pulak dibahagikan kepada empat tempat... aku redha di mana aku akan ditempatkan..... berlapang dada dan sentiasa bersedia serta terbuka... akhirnya ditetapkan aku di Sekolah Rendah Islam Darul Aman (SRIDA), Aloq Staq... dengan jawatan sebagai Timbalan Ketua Fasilitator... memang sedikit terkejut dan cuak... kerana jawatan itu diberi tanpa ditanya samada aku mampu atau tidak.... mula2nya aku sedikit berat menerima kerana aku tidak pernah ada pengalaman jawatan itu... hanya sebagai fasilitator tu pernah la... tapi dalam benak hati... aku cuba meyakinkan diri... aku boleh dan Allah yang pilih aku.... Allah tahu aku mampu insya Allah....

masa ni memang aku betul2 belajar dan sedar PERJUANGAN YANG MEMILIH AKU... BUKAN AKU YANG MEMILIH PERJUANGAN... sebabnya aku hanya insan luar biasa mungkin... yang namanya telah tertulis berada di jalan ini.... subhanallah... yang tenaga, masa dan jasadku hanya dipasakkan untuk Islam... insya Allah... iitu yang aku amat harapkan... luar biasa untuk Islam ...(bagaimana?)

1 comment:

  1. mar,

    =]

    Dah faham apa mar maksudkan.. Tadi masa baca status kat fb tak faham sangat.

    Alhamdulillah.. kami suka baca cerita Mar yang sentiasa ada semangat untuk menjadi lebih baik.

    =]

    Tulis dan tulislah lagi.. kami suka baca.

    ReplyDelete